Wednesday, March 22, 2017
Wednesday, March 8, 2017
VIDEO KUALA GANDAH
Ini adalah satu video pendek yang mengesahkan tourism pahang 2017 di KUALA GANDAH...
~semoga terhibur dengan video ini....
selamat menonton~
PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH
Pusat ini ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Ianya merupakan ibu pejabat Unit Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974, Ia lebih dikenali sebagai 'Unit Pengurusan Gajah'. Pusat ini merupakan satu-satunya yang terdapat di Malaysia. Ianya berperanan untuk melindungi serta menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diganggu. Selain itu, Pusat ini juga bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan.
OBJEKTIF UTAMA
Sebagai Pusat Konservasi Gajah dan habitatnya melalui pengurusan mapan akan sejajar dengan aspirasi rakyat Malaysia.
MATLAMAT UTAMA PUSAT INI:
- Memastikan pengurusan dan perlindungan gajah di dalam habitatnya
- Menambahkan pengetahuan, kesedaran dan sokongan umum mengenai kepentingan konservasi gajah.
- Mengurus pusat ini sebagai sebuah pusat kajian, pendidikan serta sebagai pusat aktiviti eko-pelancongan.
BAGAIMANA KE PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH:
Dengan menggunakan kenderaan sendiri, perjalanan dari Kuantan ke Kuala Gandah Lanchang mengambil masa pemanduan kira-kira 2 jam setengah melalui Lebuhraya Pantai timur.
GAJAH-GAJAH DI PUSAT KONSERVASI
Terdapat 25 ekor gajah di dalam Pusat Konservasi ini. 3 daripadanya adalah dari luar negara iaitu dari Myanmar, Thailand dan India manakala yang selebihnya adalah dari Malaysia. Antara nama gajah-gajah yg terdapat di sini ialah Sanuk dan Indah. Setiap gajah di sini mempunyai pelatih mereka masing-masing. Pelatih gajah dipanggil sebagai Mahut dan mereka bertanggungjawab untuk melatih dan menjaga gajah-gajah ini. Di sini juga terdapat seekor anak gajah yang masih menyusu. Anak gajah akan ditempatkan di perumahan mereka sendiri.
TANDAS, BILIK MANDI & PERSALINAN
JADUAL AKTIVITI PELAWAT:
ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DISEDIAKAN:
WAKTU LAWATAN
Isnin - Ahad: 8.00 pagi -1.00 petang
2.30 petang - 4.30 petang Jumaat: 8.00 pagi - 12.30 tengahari 2.30 petang - 4.30 petang BAYARAN MASUK:
Bayaran masuk adalah percuma tetapi boleh memberi sumbangan secara ikhlas sekiranya berminat bagi menampung dana pusat ini.
Ini adalah pelekat khas untuk menandakan anda adalah pelawat dan wajib ditampalkan pada baju.
PERTUNJUKAN GAJAH & AKTIVITI MEMBERI MAKANAN KEPADA GAJAH:
Pada hujung minggu cuti sekolah, aktiviti pertunjukan gajah bermula pada pukul 2.15 petang dan semua gajah-gajah akan dikeluarkan dari hutan untuk membuat persembahan dengan diiringi dengan mahut mereka yang tersendiri. Pertunjukan akan berlangsung selepas gajah-gajah tersebut dimandikan di anak sungai bagi perbersihan gajah-gajah. Selepas pertunjukkan selesai dilakukan , para pelancongan dibenarkan memberi makanan dan bergambar bersama gajah tersebut. Tambahan pula, makanan gajah untuk sehari adalah sebanyak 100 kg yang berharga Rm1000 x 25 ekor gajah termasuk anak gajah iaitu berjumlah Rm25k sehari. Kerajaan mengeluarkan perbelanjaan kewangan untuk memberi makan kepada gajah-gajah di sini. Selain itu, anak gajah diberi minum susu sebanyak 10 liter seekor anak gajah x 3 ekor anak gajah dan diberi 3 kali sehari,. Antara kandungan susu gajah tersebut ialah susu Anmum dan dicampur dengan gula perang dan banyak lagi. Di samping itu, pertunjukan ini memberikan kami pengetahuan yang lebih meluas tentang latar-latar belakang gajah-gajah yang berada di sini dan menceritakan tentang kisah kehidupan mereka sebelum mereka dibawa ke tempat perhilitan gajah di Lanchang ini. Bagi pengetahuan semua, Gajah merupakan binatang yang pintar setelah dilatih oleh mahut mereka.
AKTIVITI MEMANDIKAN DAN PEMBERSIHAN ANAK GAJAH BERSAMA PELANCONG:
DISEDIAKAN OLEH:
NOR HASYIMAH BINTI RAMLE ~SEKIAN TERIMA KASIH~ |
Subscribe to:
Posts (Atom)